Friday, April 22, 2011

TAK BOLEH TIDUR ! grrr :(

KESUSAHAN UNTUK TIDUR



Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-gejala

v Kesukaran untuk tidur.
v Tidur yang putus-putus atau resah.
v Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
v Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
v Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Punca-punca

v Tekanan dan kerisauan
v
Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising
    dan kotor, sejuk atau panas.

v Persekitaran baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.
v Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh     penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
v Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
v
Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang
    pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.

v Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik. 

Apa yang boleh dilakukan oleh anda

v Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
v Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
v Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
v Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
v
Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di
    sebaliknya, ambil minuman bersusu.

v
Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum
     masuk tidur.

v
Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang
     lain sehingga anda terasa mengantuk.

v Baca sebuah buku yang membosankan.
v Dengar muzik yang lembut.
v
Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau
    mengganggu aktiviti harian anda.

v
Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.

No comments:

Post a Comment